Wednesday, 8 May 2013

SUJUD SAHWI


  • Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka 'Sujud Sahwi' dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab'adh atau hal yang salah tanpa sengaja.
  • Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat ab'ad seperti meninggalkan 'Doa Qunut' dengan sengaja kerana tidak hafal adalah disunatkan melakukan, "Sujud Sahwi" juga.
  • 'Sujud Sahwi' adalah sunat mua'kad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan terlupa.
Rasulullah saw bersabda bermaksud :

"Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun,  jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan." 

(Riwayat; Muslim, Abi Dawud, An-Nasa'i)

Diharuskan Sujud Sahwi

'Sujud Sahwi" dibolehkan apabila berlaku perkara seperti:-
  1. Lupa duduk Tahiyyat Awal.
  2. Lupa membaca Tasyahud Awal.
  3. Tertinggal selawat keatas Nabisaw pada Tasyahud Awal.
  4. Menambah rukun kerana terlupa.
  5. Ragu atau menambah bilangan rakaat solat dan sebagainya.
  6. Tertinggal Doa Qunut.
Cara Melakukan Sujud Sahwi
' Sujud Sahwi' adalah melakukan dua kali sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah berniat untuk melakukannya sebelum sujud.

  1. Sesudah tahiyyat Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir dan dalam membaca :
  2. Duduk antara dua sujud semula.
  3. Sujud lagi sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud sahwi.
  4. Kemudian duduk semula dengan dudk 'Iftirasy' (Tahiyat Akhir)
  5. Memberi salam.
  6. Duduk antara dua sujud semula.

Thursday, 2 May 2013

3 PINTU MASUK BAGI SYAITAN
  • Pintu masuk bagi syaitan ke dalam hati anak Adam itu ada tiga pintu.
  • Syaitan tidak akan masuk pada diri kita melainkan dengan tiga pintu ini.
  • Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup, maka tiadalah bagi syaitan pintu untuk masuk pada diri kita. 
1. PINTU SYAHWAT (NAFSU)

  1. Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah dan mendidik nafsu.
  2. Mendidk nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya.
  3. Tanda keimanan seseorang itu ialah apabila ia dapat mendidik nafsu sehingga nafsunya itu tunduk dan patuh kepada ajaran Allah dan Rasul-Nya.
  4. Sabda Nabi saw yang bermaksud: "Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia jadikan hawa nafsunya tunduk kepada ajaran yang aku bawa".
2. PINTU KELALAIAN (GHAFLAH)

  1. Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Berzikir.
  2. Barangsiapa yang BERZIKIR mengingati Allah dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh.
3. PINTU KEJAHILAN

  1. Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Ilmu.
  2. Orang yang berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan untuk menipunya berbanding dengan orang yang jahil.
  3. Sabda Nabi saw: "Barangsiapa menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahi Allah kepadanya jalan ke syurga" (Riwayat Muslim)
(Ini adalah petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari, oleh Fadhilatus Syeikh Yusri As-Sayyid Jabr Al-Hasani.)