Wednesday, 8 May 2013

SUJUD SAHWI


  • Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka 'Sujud Sahwi' dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab'adh atau hal yang salah tanpa sengaja.
  • Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat ab'ad seperti meninggalkan 'Doa Qunut' dengan sengaja kerana tidak hafal adalah disunatkan melakukan, "Sujud Sahwi" juga.
  • 'Sujud Sahwi' adalah sunat mua'kad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan terlupa.
Rasulullah saw bersabda bermaksud :

"Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun,  jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan." 

(Riwayat; Muslim, Abi Dawud, An-Nasa'i)

Diharuskan Sujud Sahwi

'Sujud Sahwi" dibolehkan apabila berlaku perkara seperti:-
  1. Lupa duduk Tahiyyat Awal.
  2. Lupa membaca Tasyahud Awal.
  3. Tertinggal selawat keatas Nabisaw pada Tasyahud Awal.
  4. Menambah rukun kerana terlupa.
  5. Ragu atau menambah bilangan rakaat solat dan sebagainya.
  6. Tertinggal Doa Qunut.
Cara Melakukan Sujud Sahwi
' Sujud Sahwi' adalah melakukan dua kali sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah berniat untuk melakukannya sebelum sujud.

  1. Sesudah tahiyyat Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir dan dalam membaca :
  2. Duduk antara dua sujud semula.
  3. Sujud lagi sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud sahwi.
  4. Kemudian duduk semula dengan dudk 'Iftirasy' (Tahiyat Akhir)
  5. Memberi salam.
  6. Duduk antara dua sujud semula.

No comments:

Post a Comment