MASJID NUR UKHUWAH GUGUSAN FELDA TERSANG
Friday, 28 June 2019
Wednesday, 28 January 2015
|
GOLONGAN YANG LAYAK MENDAPAT ZAKAT
|
| ۞ إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٦٠﴾ |
| (60) Sesungguhnya sedekah-sedekah
(zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan
amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan
untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir
(yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah)
sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Taubah : 60) Daripada ayat di atas, dapatlah difahami bahawa golongan yang layak mendapat zakat ialah: 1. FAKIR: Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain. 2. MISKIN: Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang tanggungannya. 3.AMIL ZAKAT: Orang yang dilantik atau ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelengaraan hal-hal zakat. 4. MUALLAF: Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau orang yang baru memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya dan jiwa perlu dibina agar bertambah kuat imannya) dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam. 5. AL-RIQAB: Hamba sahaya yang mempunyai perjanjian akan dimerdekakan oleh tuannya dengan jalan menebus diri. 6. AL-GHARIMIN: Golongan yang berhutang untuk memenuhi asas (yang bukan maksiat) bagi sesuatu kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesain segera (tidak sanggup melunas) dan dibenarkan oleh hukum syarak. 7. FI-SABILILLAH: Orang yang berjuang di jalan Allah atau mana-mana pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya. 8. MUSAFIR: Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya dan pengembaraan diharuskan oleh syarak seperti menuntut ilmu atau menyebar agama. |
Wednesday, 23 October 2013
SOLAT SUNAT RAWATIB
PENGENALAN:
Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada 2 bahagian:
1.
Sunat Rawatib yang “Muakkad”.
2.
Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”.
Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
A.
Qabliah (sebelum Solat Fardhu).
B.
Ba’diah (selepas Solat Fardhu).
Sunat Rawatib yang “Muakkad” seperti berikut :
2 Rakaat sebelum Solat Subuh.
2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
2 Rakaat selepas Solat Isyak.
Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”.pula seperti berikut :
2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
4 Rakaat sebelum Solat Asar.
2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
2 Rakaat sebelum Solat Isyak.
Wednesday, 8 May 2013
SUJUD SAHWI
- Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka 'Sujud Sahwi' dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab'adh atau hal yang salah tanpa sengaja.
- Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat ab'ad seperti meninggalkan 'Doa Qunut' dengan sengaja kerana tidak hafal adalah disunatkan melakukan, "Sujud Sahwi" juga.
- 'Sujud Sahwi' adalah sunat mua'kad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan terlupa.
Rasulullah saw bersabda bermaksud :
"Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan."
(Riwayat; Muslim, Abi Dawud, An-Nasa'i)
Diharuskan Sujud Sahwi
'Sujud Sahwi" dibolehkan apabila berlaku perkara seperti:-
- Lupa duduk Tahiyyat Awal.
- Lupa membaca Tasyahud Awal.
- Tertinggal selawat keatas Nabisaw pada Tasyahud Awal.
- Menambah rukun kerana terlupa.
- Ragu atau menambah bilangan rakaat solat dan sebagainya.
- Tertinggal Doa Qunut.
Cara Melakukan Sujud Sahwi
' Sujud Sahwi' adalah melakukan dua kali sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah berniat untuk melakukannya sebelum sujud.
- Sesudah tahiyyat Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir dan dalam membaca :
- Duduk antara dua sujud semula.
- Sujud lagi sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud sahwi.
- Kemudian duduk semula dengan dudk 'Iftirasy' (Tahiyat Akhir)
- Memberi salam.
- Duduk antara dua sujud semula.
Thursday, 2 May 2013
3 PINTU MASUK BAGI SYAITAN
- Pintu masuk bagi syaitan ke dalam hati anak Adam itu ada tiga pintu.
- Syaitan tidak akan masuk pada diri kita melainkan dengan tiga pintu ini.
- Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup, maka tiadalah bagi syaitan pintu untuk masuk pada diri kita.
1. PINTU SYAHWAT (NAFSU)
- Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah dan mendidik nafsu.
- Mendidk nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya.
- Tanda keimanan seseorang itu ialah apabila ia dapat mendidik nafsu sehingga nafsunya itu tunduk dan patuh kepada ajaran Allah dan Rasul-Nya.
- Sabda Nabi saw yang bermaksud: "Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia jadikan hawa nafsunya tunduk kepada ajaran yang aku bawa".
2. PINTU KELALAIAN (GHAFLAH)
- Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Berzikir.
- Barangsiapa yang BERZIKIR mengingati Allah dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh.
3. PINTU KEJAHILAN
- Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Ilmu.
- Orang yang berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan untuk menipunya berbanding dengan orang yang jahil.
- Sabda Nabi saw: "Barangsiapa menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahi Allah kepadanya jalan ke syurga" (Riwayat Muslim)
(Ini adalah petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari, oleh Fadhilatus Syeikh Yusri As-Sayyid Jabr Al-Hasani.)
Subscribe to:
Posts (Atom)


