|
GOLONGAN YANG LAYAK MENDAPAT ZAKAT
|
| ۞ إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٦٠﴾ |
| (60) Sesungguhnya sedekah-sedekah
(zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan
amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan
untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir
(yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah)
sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Taubah : 60) Daripada ayat di atas, dapatlah difahami bahawa golongan yang layak mendapat zakat ialah: 1. FAKIR: Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain. 2. MISKIN: Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang tanggungannya. 3.AMIL ZAKAT: Orang yang dilantik atau ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelengaraan hal-hal zakat. 4. MUALLAF: Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau orang yang baru memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya dan jiwa perlu dibina agar bertambah kuat imannya) dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam. 5. AL-RIQAB: Hamba sahaya yang mempunyai perjanjian akan dimerdekakan oleh tuannya dengan jalan menebus diri. 6. AL-GHARIMIN: Golongan yang berhutang untuk memenuhi asas (yang bukan maksiat) bagi sesuatu kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesain segera (tidak sanggup melunas) dan dibenarkan oleh hukum syarak. 7. FI-SABILILLAH: Orang yang berjuang di jalan Allah atau mana-mana pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya. 8. MUSAFIR: Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya dan pengembaraan diharuskan oleh syarak seperti menuntut ilmu atau menyebar agama. |
Wednesday, 28 January 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment